Horizontal line di dalam fotografi

Horizontal line atau dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti garisan bumi atau garisan ufuk. Garisan ini merupakan salah satu perkara yang di ambil berat di dalam bidang fotografi khusunya fotografi landscape.

Dulu masa belajar lukisan kejuruteraan cikgu aku selalu tekankan garisan bumi atau garisan ufuk. Bila dah menceburkan diri dalam bidang fotografi ini baru aku paham kepentingan kepentingan horizontal line. Kepentingan garisan ini adalah untuk mengimbang keadaan gambar. Apabila garisan ini senget maka gambar akan kelihatan sedikit janggal. Tetapi masih ada beberapa keadaan seperti gambar kretif yang tidak mengikut keseimbangan garisan ini.

Kedudukan horizontal line boleh diletakkan pada beberapa kedudukan sama ada di tengah-tengah (1/2) gambar, 1/3 atas atau bawah dan 1/4 bahagian atas atau bawah gambar. Ini adalah berdasarkan subjek yang kita hendak tonjolkan. Walau bagaimana pun kedudukan 1/3 atau 1/4 adalah lebih kuat kesan tarikan untuk orang melihat gambar kita.

Di bawah adalah beberapa gambar yang saya pinjam dari blog Akubiomed(posting ini) untuk dijadikan contoh.

 

pstttt….(bro akubiomed ni baru memenangi Grand Prize Acer P3 Ultrabook dengan menyertai contest Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party)

 

edit 1 edit 2 edit 3 edit 4 edit 5

IMG_7354_zps73163cd9

Gambar di atas merupakan antara gambar terbaik yang di rakam oleh saudara Akubiomed. Tetapi jika gambar ini dirakam dengan matahari tidak terpotong maka gambar ini akan menjadi lebih menarik. Contoh seperti dibawah. (saya clone matahari supaya kelihatan lebih bulat).

IMG_7354_zps73163cd9c

atau boleh juga di crop sehingga tidak kelihatan matahari tersebut.

IMG_7354_zps73163cd9a